Resepi Lauk Pauk Saya dapati dari teman-teman dan dikumpulkan disini. Selamat Mencuba.

 


DAGING MASAK MERAH
Cik Comel


Bahan-Bahannya:
300 gm daging lembu
2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dititik)
125 gm sos tomato
4 sudu besar cili kering (dikisar)
Sedikit kicap cair
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara Menyediakannya:
1. Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga
    empuk. Potong daging lebih kurang sebesar 5 cm.

2. Panaskan minyak & tumis bawang putih sehingga naik baunya.
    Masukkan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan
    sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air.

3. Tambahkan sedikit garam & kicap cair. Masak sehingga kuah agak
    kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar. Kacau seketika
    & angkat.

Back to Index


NASI BUKHARI
Cik Comel


Bahan-Bahannya:
2 kg beras Basmathi
½ cawan minyak sapi
2 sudu besar margerin
½ cawan rempah kurma
15 ulas bawang merah
2 inci halia
7 ulas bawang putih
Kulit kayu manis
Buah pelaga

Bunga lawang
1 ekor ayam (dipotong lapan)
Daun ketumbar
2 cawan air
Cili merah dan cili hijau
2 biji tomato (dipotong empat)
Kismis (sebagai hiasan)
Kacang gajus (sebagai hiasan)
Bawang goreng (sebagai hiasan)

Cara Menyediakannya:

1. Kisar halus bawang merah, bawang putih dan halia.

2. Panaskan minyak sapi dan margerin. Tumis bahan-bahan
    kisar bersama rempah kurma, kulit kayu manis, buah pelaga
    dan bunga lawang. Tumiskan hingga wangi.

3. Masukkan pula ayam dan ketumbar.

4. Biarkan empuk sedikit kemudian tuangkan air dan kacau hingga rata.

5. Bila mendidih, masukkan beras dan tanak seperti biasa.

6. Apabila masak, ratakan ayam dan nasi. Hiaskan bersama cili merah,
    cili hijau dan tomato. Agar ia tambah menyelerakan, taburkan sedikit
    bawang goreng, kacang gajus dan kismis di atas nasi.

Back to Index




GULAI TULANG BERSAMA LABU
Adik


Bahan-Bahannya
1 Kilo Tulang Lembu (Tulang Rusuk)
1 Biji Labu Hijau (Labu Air) dipotong 12
1 Biji Kelapa diambil Santan
1 Bungkus Rempak Kari Daging (Cap Adabi)
2 Biji Bawang Besar
2 Biji Bawang Puteh
20 Tangkai Lada Kering
1 Batang Kulit Kayu Manis (patahkan 4)
Asam Jawa (Sebesar Ibu Jari)
1 Sudu Makan Garam Kasar
1 Senduk Minyak Masak (untuk menumis)
dan sedikit serbuk perasa

Cara Membuatnya
Basuh Tulang tersebut sehingga bersih, masukkan kedalam
periuk dan rebus sehingga empuk.
Blendkan Bawang bersama Lada Kering, tuangkan kedalam mangkuk
masukan Rempah Kari Daging dan masukan sedikit Santan kacau
sehingga sebati, panaskan periuk bersama minyak masak apabila dah
panas tumiskan Bawang Putih bersama Kulit Kayu Manis, apabila naik
bau masukan bahan yg didalam mangkuk tadi,
Tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukan Labu Hijau tumiskan
labu sehingga layu dan masukan Tulang Rebus tadi kacau hingga sebati
kemudian masukan Santan kacau lagi biarkan selama 10min.
Apabila sudah mendidih masukan Asam Jawa tadi bersama dengan bijinya
dan apabila gulainya telah masak masukan garam dan serbuk perasa.
eeemmmm sedia untuk dihidang bersama nasi panas-panass......
sedap jika makan bersama Sambal Belacan Arab dan juga Daging Goring
Lada Hitam

Back to Index




SAMBAL BELACAN ARAB
Adik


Bahan-Bahannya
a) 2cm Belacan
b) 5 Biji Lada Merah
c) 5 Biji Cili Padi (Lada Burung)
d) 5 Biji Bawang Merah Kecil
e) 1 camca Minyak Masak
Sedikit Garam
Sedikit Gula
Sedikit Serbuk Perasa
2 Biji Asam Limau

Cara Membuatnya
Masukkan 1 camca Minyak kedalam kuali, semua bahan
a,b,c,& d, digoreng sehingga naik bau (5 min),
Masukkan kedalam Lesung batu tumbuklah sehingga lumat,
selepas itu masukkan garam diikuti gula dan akhir sekali
masukkan air Asam Limau dah siap... sedia untuk dihidang

Back to Index




DAGING GORENG LADA HITAM
Adik


Bahan-Bahannya
1 kilo @ ½  kilo Daging
5 Biji Bawang Merah Kecil (ditumbuk jgn terlalu halus)
1 Sudu Makan Lada Hitam (ditumbuk jgn terlalu halus)
Sedikit Minyak Masak (untuk mengoreng)
½  Camca Garam Halus
I Camca Serbuk Kunyit

Cara Membuatnya
Basuh Daging sehingga bersih, masukan Daging kedalam kuali,
rebus daging tanpa air apabila air daging telah kering
Masukkan Garam Halus diikuti Serbuk Kunyit kacau rata dan
masukkan Minyak Masak, goreng sehingga garing apabila sudah
garing masukan Bawang Merah dan juga Lada Hitam, kacau selama
5min sahaja. Kemudian angkat dah masak sedia untuk dihidang.

Back to Index


Nasi goreng tempe berlauk ayam.
Hidangan ini untuk 5 ke 6 orang.
wahedah



200gm isi dada ayam - dipotong dadu.
2 labu bawang besar - dimayang halus
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
segenggam cili goreng di rendam
1 inci belacan
1 suduteh halba campur
1 sudu teh jintan putih
1sudu teh jintan manis
1 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
1 batang kayu manis
7 batang daun sup dan daun bawang. - dipotong halus
Sedikit minyak untuk menggoreng.
1 batang serai.
1 inci halia.
2 bungkus tempe RM2.00 .dipotong nipis dan digoreng. selepas tu dipotong lagi sehingga agak besar satu inchi.

Cara menyediakanya.

Nasi dimasak 5 sukatan beras dibasuh dan kurang kan air nya. Biasa masak kita masak dengan airnya banyak tapi untuk nasi goreng kurang kan air nya..selalu 2
liter. utk nasi goreng kurang kan kepada 1.5 liter. Sambil menunggu nasi masak, Panaskan minyak. gorengkan serai bila naik baunya, masukkan rempah halba campur, jintan manis, jintan putih, bunga lawang, bunga
cengkih, kayu manis sehingga naik baunya dan masukkan bawang besar, goreng sehingga semua bahan bercampur. Bawang merah dan bawang putih cabai kering, halia dan belacan dimesin halus. Masukkan dalam rempah yang di goreng tadi..
Kacau dan masukan isi ayam. tudungkan ayam untuk sementara..bagi menyerapkan bahan rempah serap dalam isi ayam. masukan garam dan bahan perisa . Bila isi ayam sudah masak, masukkan pula tempe goreng yang telah di potong kecil kecil tadi..kacau sekejap dan tutupkan api dapur..Tuangkan kesemua bahan ayam tadi kedalam periuk semasa nasi tengah menggelegak.
kacau kan nasi tadi bagi serata, tutupkan tudung periok. Bila nasi sudah masak..Masukkan daun sup dan dan daun bawang..dikacau dan tutup. Siap untuk dihidang

Back to Index


 

GULAI LEMAK CILI API JENGKOL

Jering
Ikan bilis dalam segenggam
Cili api (10 biji kalau pedas lagi ngam)
Kunyit idup ( 1/2 cm)
Bawang kecil 1 cukup ler
Belacan sikit shj
Daun kunyit
Santan dari sebiji kelapa

Caranya:
Rebus dulu jengkolnya hingga empok kemudian ditumbuk kasi lebar sikit tapi jgn ler sampai pecah. Bila dah tumbuk semua masukkan dlm periuk ler....

Cili api, bwg kecil, kunyit & belacan ditumbuk halus. Bila dah halus gaulkan dengan jengkol tadi masukkan ikan bilis sekali dan daun kunyit.
Akhir sekali masukkan santan dan masaklah.rasa garam bila dah ok ...hidang ler.

Resepi yg sesuei dimakan bersama gulai jengkol nih...

Gulai cili api jengkol
Sambal tempoyak
Ikan masin
Ikan kembung goreng garing
Sayur taugeh tumis(taugeh ngan tahu goreng + kicap sikit)
ulaman

Airnya air es limau pasti enakan.cubalah..utk makan tghari...aduhh

Back to Index




Sambal Tempe Lokan.

Bahan A
satu gengam cabai kering ( kalau nak pedas, boleh tambah )
1 labu bawang besar.
3 ulas bawang merah.
3 ulas bawang putih
1 keping balacan
1 batang serai
setengah inci halia.

Bahan B
2 sudu besar yogurt ( dimasukan akhir sekali )
RM1.00 Tempe ( dipotong dan digoreng dahulu )
RM3.00 Udang Basah ( buang kulit dan dibersihkan )
RM4.00 Lokan basah ( direbus sekejap )
( lokan boleh didapati ditepi sungai pasar tani )
Lokan kalau direbus jangan gunakan air yang banyak.
Ambilkan isinya. Mudah diambil setelah direbus.

Cara - cara membuatnya.

Kisarkan semua bahan bahan A.
Tumiskan bahan A sehingga garing dan bangkit baunya.
Masukkan lokan dan sesenduk besar air lokan.
Kacau dan bubuh garam dan bahan perisa secukup rasa.
Masukkan tempe dan udang, kacau lagi dgn perlahan.
Akhir sekali masukkan yogurt .kacau sekata.
Agak pekat. Boleh lah di angkat dan dihidangkan semasa
panas.

Back to Index





Udang Masak Jepun
Comel


Bahan-bahan:

300 gm udang
Sedikit asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
5 biji bawang merah - digiling
2 ulas bawang putih - digiling
5 cm halia
150 gm kacang goreng
150 gm cili kering

Cara Menyediakannya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan giling hingga naik baunya.
2. Masukkan udang, masak hingga garing.
3. Tuangkan air asam serta garam. Biarkan sebentar bila mendidih baru diangkat.

Back to Index





Jering Masak Tempoyak
Razak


10 biji jering } dibuang kulit arinya
30-40 tangkai cili api }ditumbuk
3 cm kunyit hidup }ditumbuk
1 cawan tempoyak
1 helai daun kunyit }dihiris halus
1 biji kelapa }diperah 3 cawan santan
100 gm ikan bilis

Cara menyediakannya:
Jering dibelah dua sebelum direbus dan dititik.
Masukkan santan, bahan - bahan tumbuk, ikan bilis dan tempoyak kedalam periuk dan jerang diatas api sederhana.
Bila mendidih masukkan jering.Kacau hingga rata.
Masukkan hirisan daun kunyit, kacau, rasa secukupnya dan angkat.

Back to Index





Nasi Jagung Mutiara (Untuk hidangan 10 orang)
Comel


Bahan-bahan

1 kg beras
300 gm marjerin
1 liter air
1/2 liter susu cair
Garam secukup rasa
Jagung dalam tin
Kismis

Bahan A
10 gm kulit kayu manis
5 gm bunga lawang
5 gm bunga cengkih
5 gm buah pelaga
1 helai daun pandan

Bahan B
15 gm bawang merah
1/4 sudu teh serbuk kunyit
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara Membuatnya:
1. Tumiskan bahan A bersama marjerin hingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan bahan B dan tumiskan 5 minit lagi. Tuangkan air dan susu ke dalamnya. Gaulkan hingga sebati.
3. Apabila sudah mendidih, masukkan beras dan garam.

Back to Index


AYAM MASAK MERAH

Untuk 10 Orang

 Bahannya    

1 ekor - Ayam, dipotong 10, dicuci bersih & digaulkan dengan

1 sudu teh garam dan 1 sudu makan serbuk kunyit.

2 biji Tomato - dihiris

2 biji Bawang Besar - dihiris

3 biji - Bunga Cengkih

3 biji -Buah Pelaga

1 inci - Kayu Manis

¼ cawan - Daun Ketumbar

¼ cawan - Daun Pudina

2 sudu makan - Tomato Puri

1 sudu the - Garam

3 sudu makan - Minyak, untuk tumis

2 sudu makan - Bawang Goreng

10 tangkai - Lada Kering (Dikisar)

5 biji - Lada Merah (Dikisar)

1 biji - Bawang Besar (Dikisar)

5 biji - Bawang Putih dikisar (Dikisar)

1 inci - Halia (Dikisar)

5 biji - Badam (Dikisar)

10 biji - Kismis (Dikisar)

1 sudu teh - Jintas Halus (Dikisar)

 

Caranya

Ayam digoreng & ditepikan.

Panaskan minyak, tumis bawang besar yang telah dihiris, kayu manis, bunga  cengkih & buah pelaga sehingga kekuningan.

Masukkan bahan-bahan kisar, tomato puri & masak sehingga garing selama 15 -20 minit.

Kemudian masukkan daun pudina, daun ketumbar & bawang goreng serta garam secukup rasa & gaul sebati.

Akhir sekali, masukkan ayam & tomato & masak sebentar lagi selama 10 minit menggunakan apikecil.

Back to Index