Ziarah Di Kota Madinah

Bergambar bersama Ustaz kami di hadapan Masjid Quba
Sekitar dalam waktu lebih kurang 8.30pg,kami berkumpul di lobi hotel untuk memulakan ziarah kami. Di antara tempat-tempat yang sempat kami singgah adalah seperti di Masjid Quba,Masjid Lima,Masjid Qiblatain, Kebun Kurma dan juga pasar Kurma di Madinah. Dua hari kami berada di Madinah dan kami sudah agak serasi dengan keadaan cuaca yang begitu sejuk dan kadang-kala terasa panas seketika apabila matahari sudah tegak meninggi Perjalanan ke Masjid Quba ini mengambil kira-kira dua puluh minit. Dikhabarkan bahawa Masjid Quba ini adalah Masjid yang mula di bina oleh Rasulullah s.a.w ketika baginda berhijrah di sana. Namun masjid yang dahulunya tidaklah begitu lengkap serta indah tersergam seperti sekarang ini.
Bersama teman-teman di pinggir Masjid Quba
Setelah sampai kami terus menunaikan solat tahiyyat masjid serta solat Dhuha. Kemudian kami sempat bersiar-siar seketika kerana masa yang diberikan amat singkat memandangkan ada tempat-tempat lain yang harus kami ziarah. Struktur Masjid Quba ini amat menarik,terdapat seperti sebuah longkang yang besar dibalik kami(gambar atas),tidak pasti apakah kegunaanya sebelum ini. Namun ianya sudah dipenuhi dengan tanah sekarang ini. Selepas menziarahi Masjid Quba kami ke Masjid Qiblatain. Masjid ini adalah dimana Kiblah yang terdahulu disyariatkan. Pada waktu itu Baginda telah memohon kepada Allah Ta'ala supaya ditukarkan Qiblah kearah Ka'abah kerana pada waktu itu orang-orang jahiliah pernah mempersoalkan tentang arah Qiblah. Baginda saban hari menunggu akan kedatangannya Jibril dan sering menanyakan kepadanya adakah wahyu perihal Qiblah. Sampailah pada suatu ketika itu,di waktu Dhuhur Allah Ta'ala menurunkan wahyu yang satu-satunya diturunkan terus kepada Nabi kita Nabi Besar Muhammad s.a.w ketika di dalam solatnya. Maka Allah s.w.t memerintahkan agar Qiblah di ditukarkan ke arah Ka'abah. Sejurus mendapat perintah Baginda pun mula perlahan-lahan menukar Qiblah dengan diikuti sahabat-sahabatnya yang dibelakang. Disebabkan peristiwa inilah masjid ini diberikan nama Masjid Qiblatain iaitu Masjid Dua Kiblat.
Bergambar Diatas Bukit Anak Panah di Jabal Uhud
Setelah kami menziarahi masjid-masjid bersejarah ini tibalah kami ke destinasi seterusnya iaitu Jabal Uhud. Di sinilah berlakunya peperangan Uhud yang begitu sengit di antara orang-orang Mukmin dengan Kafirun. Di dalam peperangan ini,yang menjadi rebutan adalah sebuah telaga. Pada zaman Arab jahiliah dahulu sumber air sangat penting. Maka terjadilah peperangan merebut telaga ini. Di dalam peperangan Uhud ini ramai orang-orang Islam terkorban begitu juga orang-orang kafirun. Peperangan ini juga mengorbankan salah satu sahabat Rasulullah s.a.w yang juga pahlawan yang digeruni - Saiyidina Hamzah r.a.
Perang Uhud ini berlaku pada waktu umat Islam sedang berpuasa di bulan Ramadan. Tak dapat dibayangkan betapa hebatnya umat Nabi kita ini,berperang dan juga turut berpuasa pada waktu yang sama. Mereka berjihad di jalan Allah. Namun hampir-hampir tewas disebabkan perasaan tamak oleh para pemanah-pemanah yang telah meninggalkan tempat mereka hanya untuk merebut harta-harta yang ditinggalkan musuh sewaktu peperangan itu. Telah berpesan Rasulullah s.a.w supaya jangan ada yang meninggalkan tempat mereka tetapi mereka nyata kekufurannya. Di Bukit Anak Panah inilah(gambar atas)ahli-ahli pemanah ini ditentang hebat oleh musuh yang dari jauh memerhatikan sahaja,menunggu masa untuk menyerang. Maka gugurlah kebanyakan mereka-mereka itu. Namun yang menyedihkan adalah gugurnya Sayidina Hamzah yang hatinya dimamah musuh kerana bencinya terhadap sahabat Rasul ini. Bersemadilah kubur yang tidak bertanda itu di tengah-tengah Jabal Uhud - Al Fatihah.